Dalam sebuah majlis anugerah yang menghimpunkan hampir lebih 35 jenama korporat terkemuka di St. Regis Kuala Lumpur, Bebiri World berdiri megah menerima pengiktirafan penting di pentas Top Employer Award 2025 anjuran Jobstore.com, sekali gus memantapkan kedudukan syarikat sebagai pemain utama dalam ekosistem penternakan moden negara.
Pada majlis berprestij tersebut, Bebiri World diumumkan sebagai penerima dua anugerah tertinggi:
Top CEO of The Year 2025
Top Employer of The Year 2025
Acara ini turut menghimpunkan barisan organisasi ternama seperti Telekom Malaysia, AirAsia, Malaysia Airports, Boost serta CelcomDigi, menjadikan pengiktirafan yang diterima Bebiri World sebagai satu pencapaian signifikan yang mengangkat syarikat ke liga korporat arus perdana.
Dua anugerah berprofil tinggi ini menjadi indikator jelas bahawa Bebiri World sedang digerakkan melalui:
Secara keseluruhannya, pengiktirafan ini menandakan peralihan Bebiri World daripada entiti penternakan konvensional kepada sebuah organisasi korporat berimpak tinggi yang memimpin agenda transformasi penternakan di Malaysia. Fokus syarikat kini bukan sahaja pada hasil ternakan, tetapi juga pada penciptaan nilai menyeluruh kepada semua pemegang taruh.
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada seluruh warga kerja Bebiri World, para pelanggan, rakan strategik dan komuniti penternakan yang terus memberikan sokongan padu. Kejayaan ini menjadi asas penting untuk Bebiri World melangkah ke fasa pertumbuhan seterusnya dengan skala yang lebih besar dan pengaruh yang lebih luas.
Bebiri World
Era baharu kami sebagai institusi penternakan korporat sedang bermula.


